Islam
bermula pada tahun 622 apabila wahyu pertama diturunkan kepada rasul
yang terakhir iaitu Muhammad bin Abdullah di Gua Hira', Arab Saudi.
Sejarah Islam menceritakan perkembangan Islam sehinggalah sekarang.
Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi
Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya
Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di
Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan
terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.
Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti
kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk,
kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan
Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar
di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu
Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan
sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman
Keemasan Islam.
Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh
ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki
Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.
Nabi Muhammad s.a.w.
Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakkan orang
Arab merupakan penyembah berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut agama
Kristian dan
Yahudi.
Mekah ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga terdapat
Telaga Zamzam dan yang paling penting sekali
Kaabah.
Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Makkah dalam
Tahun Gajah
iaitu pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 20 April (570 atau 571
Masihi). Baginda merupakan seorang anak yatim apabila ayahnya
Abdullah bin Abdul Muttalib meninggal semasa beliau masih dalam kandungan dan emaknya
Aminah binti Wahb
meninggal dunia semasa beliau berusia 7 tahun. Kemudian beliau dijaga
oleh datuknya Abdul Muthalib. Setelah datuknya meninggal baginda dijaga
pula oleh pakciknya iaitu
Abu Talib. Baginda kemudiannya berkahwin dengan
Siti Khadijah
semasa beliau berusia 25 tahun dan menjalani kehidupan yang selesa dan
aman. Baginda pernah menjadi penggembala kambing. Selain itu baginda
seorang yang sangat amanah semasa bekerja bersama Khadijah dalam
menjalankan perniagaan wanita yang terhormat itu.
Baginda pernah diangkat menjadi hakim. Baginda tidak menggemari
suasana Mekah yang penuhi dengan masyarakat yang mempunyai masalah
sosial yang tinggi. Selain dari memperdagangkan berhala, masyarakat
Jahilliah turut menanam bayi-bayi perempuan. Baginda banyak menghabiskan
masa mencari ketenangan digua Hira'. Sehinggala ketika Nabi Muhammad
s.a.w. berusia lebih kurang 40 tahun, baginda telah didatangi oleh
Malaikat Jibril a.s. Selepas beberapa ketika baginda mengajar ajaran
Islam secara tertutup kepada rakan-rakan terdekatnya dan seterusnya
secara terbuka kepada seluruh penduduk Mekah.
Pada tahun 622 masihi, baginda dan pengikutnya berhijrah ke
Madinah. Peristiwa ini dipanggil
Hijrah. Semenjak daripada peristiwa itu bermulalah Kalendar Islam.
Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad s.a.w.
memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam
tewas. Lama kelamaan orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya membuka
Kota
Mekah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., seluruh
Semenanjung Arab di bawah penguasaan orang Islam.